Wednesday, December 26, 2007

Hari kedua di Cameron Hingland


Anak ku sedang makan aiskrim strawberry

Ini shack strawberry yg telah habis,sebelah aiskrim strawberry sungguh lazat.
22 Disember 2007
Budget pukul 7:30 pg bertolak dr klang ke Cameron Hingland.
Tetapi pukul 8:30 pg baru bertolak,so lambatlah sampai di sana.Masuk tol Bkt Raja keluar shah alam,masuk tol gatheir.lepas tol gatheir masuk tol PLUS.Semasa dr rawang sekumpulan motor 500cc keatas melalui lebuhraya.Ini gambar yg sempat dirakamkan.
Berhenti di R&R Rawang makan nasi lemak & air teh tarik.Lepas tu buang air besar di R&R tersebut.Keluar tol tapah menghala ke puncak Cameron.Dlm mendaki ke Cameron sempat beli pokok tanduk rusa.Cuma rm15.00 aje yg kecil.Sungguh murah.

Berhenti di Ballet The.berhenti sebentar minum the yg sungguh lazat&nikmat.Utk 4 orang Cuma rm10.00 aje.

Makan buah strabery & krim&coklat sungguh lazat & sedap rm10.00/unit
Makan 2 unit aje utk 3 orang.Tahun lepas makan 1 unit utk 2 orang.
Rasanya tak puas makan nie.




Tuesday, December 25, 2007

Bercuti Di Cameron


Berhenti sebentar minum teh,ini gambar anakku:Alif Anuar


Ini Lokasi tempat minum teh,cameron terkenal dgn teh
Inu gambar tongkat ali.Sebelum sampai cameron melalui tapah berhenti sebentar di gerai orang asli beli pokok tanduk rusa.


Ini pokok tanduk rusa.2 pokok cuma rm15.00 aje tapi yg kecil tau.



Friday, December 21, 2007

Korban lembu di kampungku



Lembu yg akan dikorbankan.



Kaki belakang diikat dgn tali,klu boleh ikat kaki belakang sebelah kanan.manakala kaki depan sebelah kiri,...utk jatuhkan lembu.


Kaki depan ikat tali sebelah kiri.



Ikat kedua-dua kaki .ikat kaki kanan&kiri sekali untuk depan & belakang.Ikat kaki depan & belakang sekali gus.



Mengadap kiblat lembu tersebut.


Tabir sebelum sembelih,terlebih dahulu wak penjon(ketua) baca nama-nama orang yg buat korban itu.Ada 7 bahagian.Tabir sehingga selesai sembelih......




Ini rupa lembu tersebut iaitu putus urat penafasan & urat/saluran makanan.Jika tidak putus maka tidak sah lah korban tersebut.



Melapah kulit lembu,mesti ada teknik & caranya......




Ini gambar anakku dgn lembu yg akan dijadikan korban,sempena raya korban tahun ini.

Kampungku cuma ada 3 ekor lembu saja.

Ini ada beberapa gambar korban utk rujukan/cara korban lembu....



























































Wednesday, December 19, 2007

Nasihat bersama wahai isteri/perempuan/bakal isteri

Dlm business,masa anda tidak tentu.
Jika anda rajin,tahu strategi anda boleh dpt banyak business.
Outputnya ada berduit,tapi masa utk family kurang sikit.
keynote aku RAJIN dapat,PEMALAS tak dapat.

Maybe aku boleh buat kursus utk cara-cara mendapatkan business.
Ada beberapa kes yg general.
Ada kes yg special.....
cara-cara melobi utk dptkan job.

Kerja dgn kerajaan , masa anda tetap
maybe masuk pukul 8 pg balik pukul 5 ptg.
Outputnya cukup makan aje,Tapi yg best masa utk family cukup.

So wahai para isteri/bakal isteri pilihlah yg mana satu?

Dlm business,masa bagaikan cemburu dgn kita.
Cth pejam-celik,pejam-celik dah cukup tahun.
Adakah cita2 anda tercapai....
Apakan cita2 anda tahun depan......

Pada pendapat saya isteri suruh kita kerja fix time.ngadap muka dia 24jam.
macam kerajaan,tapi dlm masa yg sama anda mesti ada banyak duit.
Cth utk pergi bercuit setiap cuti sekolah....anggaran kos rm500-1000 klu dlm negeri
Jika luar negara.......rm?????(tanyalah para-para isteri).
Keluar mlm tanya dgn siapa?buat apa?kat mana? dan lain2 saolan yg menyakitkan hati...
Testion Betul aku dibuatnya.

Dlm Islam ada batas-batas kawan lelaki @ perempuan.kawan business.
kawan bincang pasal ilmu,bincang pasal teknologi terkini. dan lain2 lagi

Konsep Queen Control,JANGAN gunakan....
INGAT para suami boleh buat apa saja......
Jika dia tidak melawan secara mulut to mulut(cakap).
Dia akan balas dlm diam,lagilah azam wahai para isteri.
Suami Ketua Rumah,so dengarlah cakap dia.....
Buat apa yg dia suruh selagi tidak menyalahi undang-undang agama.
Cth suruh masak ayam kurma,masaklah....
ini tidak melawan cakap suami.

Ini hanya pendapat aje,tiada kena mengena dgn sesiapa???Tapi
BERINGATLAH WAHAI PARA ISTERI>

Business @ menjadi Pensyarah Poli(pendidik)

Business @ menjadi Pensyarah Poli(pendidik).
Kita tidak dapat kedua-duanya serentak.
Oleh itu pilih salah satu dulu.At same time
u punya business boleh go &terus go.
Keynote dr Pn. Anis(ULPL PSA) salah seorang kerja swasta,
seorang kerja kerajaan.Jika suami kerja kerajaan,isteri kerja swasta.
Ini hanya pendapat aje.
Ada pensyarah PUO saya.Suami pensyarah elektronik kuasa,isteri pensyarah elektronik.
So maybe anak dia bagi main chip/ic,transistor,kapasitor &lain-lain komponen.
(nama dirahsiakan dulu).
maybe akan datang saya tulis nama beliau kat blog ini.

Kepada pensyarah PUO tahun 1994-1997,terima kasih segala ilmu,softskill yang anda berikan kpd saya.
Insyallah saya akan gunakan sebaik mungkin demi kebaikan kita semua.
Minta halal kan segala ilmu yg dicurahkan.
Tidak lupa Hj. Ramli&Pn. Hayati cikgu vokasional klang yg mengajar saya elektronik waktu sekolah vokasional klang dulu.
Beliau skrg mengajar di Poli Shah Alam.
Segala jasa anda saya akan ingat sampai bila-bila.

Salah satu mengapa saya masuk bidang education ialah
waktu belajar kat PUO,kawan-kawan panggil saya MASTER.
So saya samb. belajar kat KUiTTHO skrg UTHM dlm bidang elektrik(kejuruteraan komputer).
Waktu kat KUiTTHO,kawan-kawan panggil saya PROFF(ejaan tambah F aje).
So saya mesti buktikan saya mesti dpt title tu as soon as posibble,
Insallah.

Ya Allah,tunaikan impian saya menjadi seorang pensyarah di politeknik.
Amin.

Itu sebab web ini nama profharizan.

Ok saya cerita sikit pasal pengalaman belajar kat KUiTTHO.
Sewaktu sebelum pulang ke Klang,dah habis degree.
Saya duduk berbincang dgn PM Dr. Zainal Alam Harun mengenai all topic.
Diantaranya pasal pembelajaran macam mana Dr. habiskan PHD.
Ini tipsnya beliau menulis satu baris prog. setiap hari.So dlm 3 tahun ada berapa hari?ada berapa baris prog. beliau tulis.
So saya cuba menulis blog seminggu 5 kali,cuba displinkan diri.
Saya fotostat thesis PHD beliau.
Beliau galakkan saya samb. belajar.
Insallah saya akan samb. belajar
Amin.

Mungkin ada orang kata saya berlagak,tapi sebenarnya tidak
banyak student master engr. saya tlg buatkan assigment beliau,
Cth design,penyelesaian litar dll

Ramai kawan-kawan saya kata,better kau samb. belajar utk
perbaiki ilmu didada.Mereka bg galakan.
Member lama Norbi(poli merlimau) suruh sama-sama dgn beliau samb.
belajar kat UKM,bidang master engr.(micro e).
Aku cakap kau samb. dulu.
Sebab aku tunggu panggilan HQ JPPKK sama ada terima aku sebagai staf di
politeknik @ tidak?
Aku harap mereka terima aku sebagai staf/pensyarah politeknik.
Ya Allah tunaikan lah permintaan aku nie.Amin

Ohh ya,ini sedikit info pasal education:

Degree samb. master samb. PHD(dpt title Dr.)
Prof Madya(PM) & Prof adalah anugerah universiti,so syaratnya
mesti buat R&D,prezent paper dll.
Sebab Universiti akan bayar elaun utk PM @ Prof.

Cth PM Ayob,beliaun cuma ada master aje.
Tapi dah dapat title Prof Madya(PM)
so universiti kena bayar elaun PM beliau.

Ini Cth aje,JANGAN marah ya PM Ayob.

Target tahun depan hantar paper kat RCEE2008 & prezent.
Samb. belajar dlm Master Engr.

Oklah ini semua pasal education.

Sunday, December 16, 2007

Kerang & tauhu BAKAR


Kentang goreng cicah dgn cili sos+manyonis.

















Mencari tepat makanan Kerang & tauhu BAKAR yg sedap,lazat.
Bertempat di Tg. Harapan Pelabuhan Klang,





















Pemandangan Matahari terbenam,sungguh cantik.
Kerang bakar yg sedap & kering(bakar lama sikit).
Tauhu bakar,campur sotong+kangkung+kuah bijian.

Anak ku pegang strering kereta
















Anak ku pegang strering kereta,just utk post gambar aje.
Kecil-kecil sudah pandai bawa kereta.....
Bila besar pandai bawa kapalterbang pula...Amin.


Walaupun usia anakku 3 tahun,tapi perangai /kelakuan macam orang dewasa.
Aku & isteri ku mendidiknya supaya pandai,cerdik,bijak berjaya di dunia&akhirat.
Supaya berguna utk agama,bangsa,negara.


Aku berdoa senantisa supaya anak ku menjadi seorang insan yg berjaya.Dunia&Akhirat.
Amin.

Usahawan Terkini

Berminat utk berniaga?...
Tapi tak tahu macam mana caranya....
Sama-sama kita kongsi pengetahuan , pengalaman, strategi business.

Mula2 daftar perniagaan anda di SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) .www.ssm.com.my
Jika utk dapatkan MOF kenalah mohon dulu.....
Ikut kepala bidang kerja anda.....

Rujuk pakar-pakar utk buka busines.
Saya budak baru belajar,kalau salah tolong tunjukkan.

Cari/buat team networking seramai boleh........
Tapi AWAS,ada yg menipu...
Pengalaman aku sudah kena TIPU..........berhati-hatilah

Kalau sama bidang,JANGAN gaduh/bermusuh.KITA mesti bersatu / bergading tenaga
utk capai kejayaan sama-sama dlm busines.

Tunjukkan kebolehan/kepakaran kepada customer.
Mula-mula customer test sikit dulu.
Nak tengok cara kau berkerja.Janji ditepati ke?Kerja cantik ke?
Dan lain-lain....

Penampilan mesti smart/kemeja seluar panjang,jika boleh tali leher/kot.
Senang utk berbual,tolak-angsur....
Senantiasa ada busines card bagi pada setiap orang......

Strategi marketing :
bagi busines card.
bagi diari
bagi kalender
promosi pada blog/website
dan lain-lain lagi.........

Tanya/rujuk pakar marketing............


Cipta peluang....utk dapatkan order/kerja-kerja.
Bagi solution terbaik pd customer.
Bukanya meminta-minta pada customer.

Bila busines MELAYU nak maju setanding dgn bangsa lain???

Wednesday, December 12, 2007

Motherboard @ Papan Induk

Motherboard (Papan Induk) merupakan hardware (perkakasan) yang paling utama pada sesuatu sistem komputer.Semua hardware lain (yang merupakan papan peranti elektronik, atau expansion card seperti sound card, graphic card dan sebagainya) disambungkan ke satu hardware utama (yang juga papan peranti elektronik) – iaitu motherboard. Kesemua hardware ini disambungkan dengan pelbagai jenis sambungan pada motherboard – seperti sambungan kabel, slot, dan sebagainya.

Motherboard juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti mainboard dan desktop board Kebanyakan peminat sistem komputer di Malaysia, baik dari peringkat amatur hinggalah ke professional, lebih selesa dengan singkatan board.

Pada motherboard PC, terdapat beberapa jenis I/O (bermaksud input/output iaitu keluaran dan masukan) sesuatu data atau isyarat dari motherboard ke hardware – seperti ports, soket, slot dan antaramuka (interface) bagi beberapa bas.Tiga jenis bas iaitu bas data,bas kawalan & bas alamat.
Selain itu, anda juga dapat melihat CMOS jumper, FSB jumper pada sesetengah motherboard dan juga sebuah bateri butang. Bateri ini dikenali sebagai bateri CMOS (Complementary Metal Oxide Semiconductor , ia merujuk kepada bahan semikonduktor yang digunakan dalam pembuatan cip pada motherboard). Dulu ada beberapa saiz,tapi sekarang dah tetap iaitu Bateri CR2032.Penting untuk motherboard menyimpan segala setting-setting dalam CMOS yang telah dilakukan oleh pengguna.Jika bateri ini rosak @ lemah sistem akan menyuruh pengguna setting CMOS semula atau masa,tarikh telah berubah.Bateri CMOS ini cuma 3Volt.Harga pasaran Rm7-10.Sesiapa berminat membeli secara pukal bateri ini email saya. Harga pukal cuma RM 350.00 untuk 100 unit saja.
Motherboard ada pelbagai jenis soket.Biasanya motherboard ni bergantung kepada prosesor yang anda gunakan.

Sejarah motherboard:

Soket 1 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & Over Drive
Soket 2 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4, Over Drive & 486 Pentium Overdrive
Soket 3 486 SX/SX2, DX/DX2, DX4 & 486 Pentium Overdrive
Soket 4 Pentium 60/66, Overdrive
Soket 5 Pentium 75-133, Pentium 75+ Overdrive,Pentium MMX 166-233, K5 PR75~PR133, 6×86L PR120+, PR166+ - PR 233
Soket 6 486DX4 75-120
Soket 7 Pentium 75-200, Pentium 75+ Overdrive,Pentium MMX 166-233,K5 PR75-PR200, K6 166-300, K6-2 266-550, K6-2+ 450-550, K6-III 400-450,K6-III+ 450-500,Cyrix,VIA
Soket 8 Pentium Pro 150-200,
Pentium II OverDrive 300-333
SECC Slot 1 (Single Edge Contact Card) Celeron 266-300 (Covington),Celeron 300A-433 (Mendocino),Celeron 300A-533 (Mendocino PGA),Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128),Pentium Pro 150-200,Pentium II 233-300 (Klamath),Pentium II 266-450 (Deschutes),
Pentium III 450-600B (Katmai),Pentium III 533EB-1.13GHz (Coppermine)SECC Slot 2 Pentium II Xeon 400-450 (Drake), Pentium III Xeon 500-550 (Tanner),Pentium III Xeon 600-1GHz (Cascades), Soket 370 Celeron 300A-533(Mendocino), Celeron 500A-1.1GHz (Coppermine-128),Celeron 1.0A-1.4GHz (Tualatin)Pentium III 500E-1.13GHz (Coppermine)Pentium III 866-1.13GHz (Coppermine-T)Pentium III 1.0B-1.33GHz (Tualatin)Cyrix III 533-667 (Samuel)
Slot A Athlon 500-700 (K7)Athlon 550-1GHz (K75)Athlon 700-1GHz (Thunderbird)
Soket A Duron 600-950 (Spitfire)Duron 1.0GHz (Morgan)Athlon 750-1.4GHz (Thunderbird)Athlon 4 850 (mobile Palomino)Athlon MP 1.0GHz-2100+ (Palomino)Athlon MP 2000+ (Thoroughbred)Athlon XP 1500+-2100+ (Palomino)Athlon XP 1700+(Thoroughbred)Athlon XP 2500+(Barton)
Soket 423 Pentium 4 1.3GHz-2.0GHz (Willamette)Pentium 4 1.6A (Northwood)Celeron 1.7GHz (Willamette)
Soket 478 Celeron 1.7GHz-1.8GHz (Willamette)Celeron 2.0GHz (Northwood-128)Pentium 4 1.4GHz-2.0GHz (Willamette)Pentium 4 1.6A (Northwood)
Soket 603 & 604 Xeon 1.4GHz-2.0GHz (Foster)Xeon 1.8GHz (Prestonia)Xeon MP 1.4GHz-1.6GHz (Foster MP)Xeon MP 1.5GHz (Gallatin)PAC418 Itanium 733-800 (Merced)
PAC611 Itanium 2 900MHz (McKinley)
Soket 754 Athlon 64 1GHz+ (Clawhammer)Athlon 64 1GHz+ (San Diego)
Soket 940 AMD 1GHz+ (Sledgehammer)
Soket AM2 ( zaman akan datang )

Slot ram yang boleh digunakan:
Edo Ram (ini zaman mula-mula komputer,mesti ada sepasang’pair’)
SD Ram pc66 (ini mula-mula SD Ram keluar)
SD Ram pc100 (ada 4 chip/ 8 chip/ 16 chip,single @ double chip)
SD Ram pc133 (ada 8 chip/ 16 chip,single @ double chip)

RD Ram (ini zaman mula-mula Pentium 4 dengan soket 423,mesti ada sepasang’pair’)

DDR Ram PC2100/DDR 266Mhz ,PC2700/DDR 333Mhz,PC3200/DDR 400Mhz

DDR2 Ram PC4200/DDR2 533Mhz ,PC5300/DDR2 667Mhz,PC6400/DDR2 800Mhz

DDR3 Ram PC8500/DDR3 1066Mhz (terbaru)

Motherboard ni banyak jenis. Bergantung ciri-ciri yang disediakan oleh sesebuah pengeluar motherboard.Contoh ada yang mempunyai 2 bios la, kat chipset ade kipas la, dan sebagainya …
Tips beli motherboard pastikan chipset yg digunakan adalah intel @ via.Jika chipset sis,lebih baik lupakan saja.

Warna pada motherboard pcb hijau, biru,kuning.Jika warna merah tidak bagus untuk kesihatan.
Contoh motherboard yang ada di pasaran kini :

MSIGigabyteABITASUSINTELPC-CHIP

Tips motherboard jika ko,pastikan keadaan fizikal elok.Chek kapasitor-kapasitor ,pastikan tiada gelembung samada kat atas @ bawah.Jika kapasitor rosak system akan hang @ asyik ‘restart’ aje @ ‘no display’.Jika ada habuk,gunakan berus gigi utk gosak bahagian slot Ram.Gunakan berus untuk buang habuk seluruh motherboard.
Tips yang ‘advanced’Basuh dengan air sabun,bilas dengan air bersih,jemur sekitar suhu bilik aje.Pastikan buka/cabut bateri CMOS,rendam dalam air sabun @ macam basuh baju.Gosok seluruh motherboard dengan berus supaya tiada habuk-habuk@kuman-kuman melekat.Kemudian bilas dengan air yang mengalir.Keringkan motherboard tersebut dengan mengunakan tembak angin ‘air compresses’.Jemur sekitar suhu bilik saja.Jangan jemur macam ikan bilis,nanti rosak chip-chip IC.

Tips Ram,sila gosakkan pin-pin warna emas dengan pemadam pensil.Pastikan ia berkilat semula.


Sesiapa yang ada parts-parts komputer seperti motherboard,ram,slot card lama-lama yg rosak @ berfungsi sila email pada saya.Cadangan hendak buat Muzium Komputer.

Recovery Hardisk

Tips Recovery Hardisk dan Survey harga servis semasa.

Harga Recovery Hardisk di KL

Service charge di pasaran tengok berapa GB capacity yang akan di’recover’. Harga dalam RM1,500 lebih kurang (dlm 10-20GB). Pengalaman member saya pernah 160 GB SCSI “recovery charged” kena bayar RM 10,000.Bagaimana jika anda buat sendiri lebih jimat & menguntungkan……Pelbagai tips recover hdd.

1) Tukar board hdd
2) Masukkan ke dalam peti ais
3) Top Software Recovery

TUKAR BOARD HDD
1) Pastikan board hdd yg rosak mesti sama dengan board ok.(Kalau tiada cari sampai dapat,tanya kawan-kawan/cari tempat barang-barang lusoh/kedai secondhand computer/tanya saya).
2) Pastikan nilai kapasiti hdd rosak sama dgn hdd yang ok.
3) Pengalaman jika nilai kapasiti hdd tidak sama,tidak mengapa tetapi board mesti sama dari segi saiz/bentuk/rupa/pin connector.
4) Buka skru pada board hdd yg rosak dengan berhati-hati.
5) Buka skru pada board hdd yg ok dengan berhati-hati,tetapi ingat JANGAN rosak apa-apa komponen atas board tersebut.
6) Pasang semula board hdd yang ok ke casing hdd yang rosak tersebut.
7) Pastikan semua skru telah dipasang dgn betul dan tiada yang ‘short circuit’
Pasang Hdd yang telah ditukar board tersebut ke dalam system komputer.Hidupkan “baca bismilah tau”.

MASUKKAN KE DALAM PETI AIS

Kalau hdd tersebut ada bunyi pelik kalau kita goncang takut spindle head dia dah lari.Cara kedua mungkin berbunyi kelakar tapi percaya lah memang berkesan dah lebih 10 unit hdd yang tidak boleh nak read langsung (physical error) boleh recover data.

1) Pastikan physical hdd tu kering, caranya gunakan hairdryer,vakum, atau kipas angin.
2) Bungkus dalam surat khabar, lagi tebal lagi bagus
3) Bungkus lagi dengan plastik, insulate/seal area yang ditakuti boleh menyebabkan air masuk
4) Pastikan keadaan hdd tu air tak masuk
5- Masukkan hdd tadi dalam freezer, lagi lama lagi bagus tapi paling kurang 7 jam
6- Unwrap hdd yg dah dibekukan tadi, check ada air kat board dia kalau ok masuk balik kat pc pastu.On kan “baca bismilah tau”.

Insyallah selamat la data dalam tu.
Diantara Software recovery

Spin RitePC Inspector File RecoveryGet Data Back; NTFS & FAT32Badcopy proRecoverMyFiles
Berminat software recovery

izann_99@hotmail.com

Kampung ku


Aku dilahirkan di Batu 3,Jalan Kapar,Klang.......
Semuanya bermula disini....

Setelah lebih 30 tahun,tiada banyak perbezaan yg berlaku di kampungku
Cuma ada Masjid,Sek. Rendah Agama,Stesen Minyak.....


Bukan tiada cerdik-pandai @ intelegent anak kampung yang tinggal disitu...
Pelbagai rancangan aku & rakan2 komputer ingin menjadikan komuniti adun sementa terbaik disuruh Selangor dan Malaysia amnya.Tapi apalah daya aku....

Diharapkan pihak kerajaan/pemimpin buka mata @ turun padang bagi memajukan kampung,seterusnya adun semesta ini.





















Masjid Batu 3,Jalan Kapar Klang.



Pusat komuniti Teknologi Maklumat Dun Sementa.
Beberapa persoalan timbul??????
Apa tempat ini?
Kenapa senantiasa tutup tempat ini?
Apa ada di dalam tempat ini?
Kenapa tidak "full operation"?
Siapa tuan/pemilik tempat ini???
dan banyak lagi.......
Ini hanya pendapat saya ?
Segala ayat yg tidak sedap ,maafkan lah saya.
Insan kerdil di dunia ALLAH ini.

Interview Di poli shah alam

Tepat Jam 12:40 saya kena interview dgn 2 staf.Beliau ialah Tn. Hj Zukeply B. Abd Samad(PSA) & Pn. Siti Marlina Bt Mohd Amin(Poli Tg Malim).Beberapa tips sebelum,semasa interview.Sebelum mesti prepared soalan2 yg akan ditanya?
Cth : Perkenalkan diri? spt nama,umur,tempat tinggal,kelayakan & sbgnya.
Maklumat mengenai JPPKK?spt misi,visi,moto dll
Boleh didapati di website http://www.politeknik.edu.my/WebSept07/index.asp
Maklumat mengenai poli tersebut?spt nama pengarah?tim. pengarah?kurus yg ditawarkan?
http://www.psa.edu.my/

Soalan cepu emas....
Mengapa minat mengajar?
Pd pendapat saya,saya mempunyai kelayakan,sijil,pengetahuan,pengalaman,hard-skill,soft-skill utk mendidik anak bangsa yg berjaya di dunia&akhirat.Bangsa yg cemerlang,gemilang,terbilang.
Soalan2 umum?nama menteri MOHE,timbalan beliau......

Prepared micro teacher?
Sediakan print out slide powerpoint.
sediakan tools&hardware utk mengajar.Cth saya bawa m/board,ram,microprosesor.

Bg salam utk masuk&berjabat tangan jika lelaki dgn lelaki @ sebaliknya.
Ucapan terima kasih jika habis interview.klu boleh lg sekali berjabat tangan.

Saya berdoa supaya saya diterima masuk mengajar di politeknik tg malim(poli sultan azlan shah).Pelbagai persediaan telah saya buat bagi membolehkan saya layak diterima masuk sebagai pensyarah.

Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada isteri,mak,kawan2 staf jke PSA,telah memberi tips/nasihat utk interview ini.

Bagi pendapat saya Tn. Hj Zukeply B. Abd Samad seoarang yg baik,mudah berbicara & memahami manakala Pn. Siti Marlina Bt Mohd Amin seorang yang baikhati,mudah berbicara & staf yg berwibawa.

Thanks a lot for Tn. Hj Zukeply B. Abd Samad & Pn. Siti Marlina Bt Mohd Amin .

Semoga doa saya dimakburkan....Amin.

Sunday, December 9, 2007

PC Fair KL

Naik Komputer sampai KL Sentra,tukar naik Star LRT ke KLCC.
Tempat PC Fair.
Banyak benda/barang baru ada disana......
Murah2...tapi awas kena hati2 check brg tersebut original@tidak.....
Saya cuma beli HP printer D2460 cuma rm108.00 aje,Pendrive 4GB Kingston rm79.00 aje.
Berminat dgn solar charger hphone cuma rm55.00 aje.
Ini utk testing aje.....
Banyak/semua brg made in China.....@ Taiwan
Tak semua brg China tak bagus@kualiti,Bukan promosi lihat brand,model,spek...
Contoh utk pendrive bagus beli Kingston,DVD r/w Asus,Aopen selain Samsung tau.
M/board beli chipset Intel@VIA...
Ram Kingston,Hdd Maxtor
Network 3com,netgear.
Klu modem streamyx beli Aztech(tahan lasak/petir)
Ini hanya pendapat aje....penjual Brand lain JANGAN MARAH ya....

Banyak teknologi baru ada disana......

Mari ramai2 pergi PC Fair....

Sesiapa ada pendapat pasal sesuatu brg,sila bagi komen...

Thanks

Friday, December 7, 2007

RCEE 2007,JB

RCEE 2007,JB pada 3,4,5 / 12 / 2007
Di JB.

berminat dgn member2 yg prezent paper.
Mula2 chek ada 2 class mate dulu yg akan prezent paper,tapi malangnya beliau ada urusan yg lagi penting...
Beliau Mohd Suhaimi Sulong,lec. kat Kuittho,skrg UTHM
lagi seorang Afandi Ahamad,samb. belajar kat Brunel Information Technology Laboratory (BitLAB).US
http://afandiahmad1679.blogspot.com

Target thn 2008,saya & idris akan buat paper&prezent...
Moga perjuangan ini mendapat keredhaan dr Allah..


Dokumen dr RCEE2007 akan saya upload.
Sifo-sifo dr RCEE2007,sila beri tunjuk ajar...cth: Zulkifli(UKM),Syam(UKM)
Mustafa(UiTM),Aminuddin(Uitm),Ngasrri(UTM),Zameri(UTM),Adnan(UTM),
Rahmat(Uthm), Hadi(Uthm), Mona Dahms,
Roslan Chairman RCEE2007 (UTM).

dan semua yg hadir di RCEE2007.
saya budak baru nak belajar.sila beri tunjuk ajar sifo-sifo.....

Sesiapa yg sudi memberi pertolongan utk buat paper&prezent
Tlg hubungi saya.

thanks,
harizan