Thursday, July 31, 2008

FAT dan NTFS

Terangkan secara ringkas perbezaan antara FAT dan NTFS?
komputerFAT dan NTFS merupakan 2 jenis sistem fail yang digunakan oleh sistem operasi Windows. FAT adalah singkatan daripada File Allocation Table manakala NTFS pula singkatan daripada New Technology File System.

FAT (File Allocation Table) terbahagi kepada 2 versi iaitu:
a) FAT (FAT16)
b) FAT32FAT (FAT16)
Merupakan sistem fail hardisk asli bagi Windows yang telah§ digunakan sejak sekian lama. Boleh mengecam patition hardisk sehingga 2GB§ sahaja. Malangnya, hardisk sekarang berkapasiti melebihi 2GB menyebabkan pengguna terpaksa memecahkan ke beberapa partition yang kecil supaya boleh menyokong FAT16. FAT16 tidak menawarkan keselamatan tempatan ke atas fail§ dan folder sistem menyebabkan ia tidak sesuai digunakan untuk fail-fail penting yang perlu dirahsiakan. Kelebihan FAT16 dan masih lagi digunakan oleh§ sesetengah sistem operasi sekarang kerana ia boleh dibaca dan diakses melalui DOS, Windows 3.X, Windows 9X, Windows NT dan 2000.
FAT32 Diperkenalkan bersama Windows 95 OSR2§ dan menawarkan beberapa penambahbaikan yang ketara berbanding FAT16 iaitu kecekapannya menggunakan ruang hardisk serta menyokong kapasiti hardisk sehingga 2TB. Antara sistem operasi yang menyokong FAT32 ialah Windows 2000, Win§dows 9X sejak Windows 95 OSR2 diperkenalkan. Tetapi Windows NT4 tidak menyokong§ FAT32. Walaupun lebih baik berbanding FAT16, FAT32 juga masih mengalami§ beberapa kelemahan ketara jika dibandingkan dengan sistem fail alternatif iaitu NTFS. Sama seperti FAT16, FAT32 juga tidak menawarkan keselamatan ke atas§ fail dan folder. Ini bermakna, sesiapa yang berada dalam sistem yang menggunakan FAT32 boleh menceroboh atau mengakses kandungan failnya. Satu lagi§ kelemahan FAT32 ialah ia tidak menyokong ciri-ciri Disk Compression (Pemampatan Cakera) yang penting untuk menjimatkan ruang hardisk.

NTFS (New Technology File System) juga terbahagi kepada 2 versi iaitu:
a) NTFS4 (atau lebih dikenali sebagai NTFS sahaja)
b) NTFS5
NTFS Dibangunkan bersama-sama dengan sistem§ operasi Windows NT Menawarkan penambahbaikan ketara berbanding FAT16 dan§ FAT32 yang digunakan dalam Windows 9X. NTFS dicadangkan bagi sistem operasi§ yang menggunakan lebih banyak aplikasi. Dalam Windows NT, Windows 2000 dan§ Windows XP, NTFS digunakan untuk memantapkan lagi kegunaan sistem fail FAT16 dan FAT32. NTFS tidak boleh digunakan dalam sistem operasi Windows 9X.§§

Berikut adalah beberapa kelebihan dan ciri-ciri tambahan NTFS:
i) Keselamatan:Tidak seperti FAT, NTFS menawarkan keselamatan ke atas fail dan folder. NTFS dapat menghadkan akses ke atas fail dan folder dalam sistem tempatan.
ii) Saiz Volume:Secara teorinya, NTFS berupaya menyokong maksimum saiz volume melebihi 2TB.
iii) Logging:Kebolehan menyokong aktiviti sistem log iaitu jika sistem mengalami masalah, kita boleh melihat log tersebut bagi membantu mengenalpasti masalahnya selepas shut-down.
iv) Disk Performance (Persembahan Cakera):NTFS menawarkan persembahan pada peringkat paling baik berbanding FAT terutama bagi fail yang besar.
v) Compression(Pemampatan):NTFS menawarkan kebolehan pemampatan fail. Ini sangat berguna untuk menjimatkan ruang hardisk kerana fail-fail aplikasi sekarang seperti video, grafik dan multimedia adalah besar.
NTFS5 Sistem fail versi terkini dan§ merupakan penambahbaikan NTFS. Diperkenalkan bersama-sama Windows 2000§ (versi NTFS dalam Windows NT merujuk kepada nama NTFS4) NTFS5 menawarkan§ beberapa ciri-ciri tambahan seperti persembahan yang lebih baik berbanding NTFS dan keselamatan yang telah dipertingkatkan. Memperkenalkan beberapa ciri§ baru seperti Disk Quotas dan Encryption.Extra Info:Selain FAT dan NTFS, ada satu lagi sistem fail terkini yang diperkenalkan iaitu HPFS (High Performance File System).

HPFS berupaya untuk menyokong saiz volume sehingga 2TB, 2GB saiz fail dan 255 nama karekter. HPFS belum lagi digunakan secara meluas dalam dunia Windows semasa. Tetapi Windows NT boleh membaca volume HPFS. Windows Vista yang sedang dalam peringkat permulaan digunakan sekarang juga sudah menyokong HPFS.

Tuesday, May 20, 2008

Teknologi Tanpa Wayar - Rangkaian 3G, WiFi dan WiMax



KELIRU dengan pelbagai istilah teknologi rangkaian masa kini terutama teknologi tanpa wayar atau bergerak? Baru sahaja kita mengenali teknologi 3G untuk rangkaian telefon bimbit berkelajuan tinggi dan WiFi, kini timbul pula istilah baru, WiMax.
Teknologi wayarles sememangnya mendapat perhatian di seluruh dunia dan di negara kita, ia dijangka boleh menjadi jawapan kepada masalah akses jalur lebar yang sangat rendah. Untuk menghubungkan manusia dan mesin, selain 3G yang merupakan teknologi untuk rangkaian data berkelajuan tinggi berasaskan telefon bimbit, terdapat juga WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) yang merupakan teknologi wayarles berasaskan rangkaian komputer menggunakan standard IEEE 802.11.
WiMax menggunakan standard IEEE 802.16.WiMax pula merupakan teknologi wayarles terkini yang dikatakan akan menggugat kehebatan 3G kerana kemampuan liputan dan kelajuan rangkaiannya. WiMax dikatakan boleh mengadakan liputan bagi kawasan sehingga 50 kilometer dengan kos yang jauh lebih rendah berbanding 3G.
Bagaimanapun, apa yang hangat diperbincangkan pada masa ini ialah teknologi jalur lebar wayarles yang dikatakan mampu meningkatkan kadar penembusan pengguna jalur lebar di negara ini.Malaysia sememangnya agak ketinggalan dari segi bilangan pengguna jalur lebar berbanding negara-negara di rantau ini yang sedang membangun dengan pesat dalam teknologi itu.
Menurut IDC Malaysia, kadar penembusan jalur lebar di Malaysia hanya mencecah angka 2 peratus sahaja pada 2003, berbanding Singapura 30 peratus, Taiwan 40 peratus dan Korea Selatan lebih 60 peratus. Masalah akses jalur lebar di negara kita sememangnya serius. Sehubungan itu, baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan Pelan Jalur Lebar Negara bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara pada tahap antara 5 dan 10 peratus dari 2006 hingga 2008 atau mencapai 2.8 juta pengguna.
Memandangkan pelaksanaan jalur lebar menggunakan teknologi xDSL.Cth xDSL ialah ADSL,SDSL,RADSL,IDSL,SHDSL.Yang menggunakan kabel memerlukan masa dan kos yang tinggi untuk boleh dilaksanakan secara menyeluruh, maka teknologi wayarles sebenarnya boleh menjadi alternatif masa kini.
3GMerupakan singkatan kepada teknologi komunikasi bergerak berkelajuan tinggi generasi ketiga yang muncul selepas 1G (1980) dan 2G (1990). 3G membolehkan pengguna menikmati kelebihan multimedia dan menawarkan capaian kepada Internet pada kelajuan sehingga 2 megabait sesaat (2Mbps).

3G merupakan kesinambungan teknologi telefon bimbit bermula dari GSM dipertingkatkan kepada GPRS, EDGE dan seterusnya 3G (WCDMA). Bagaimanapun, ia adalah satu platform dengan teknologi baru berbanding GSM sedia ada.Memandangkan pelaksanaannya juga agak perlahan di negara ini dan terhad, maka 3G juga suatu yang belum pasti mampu menyelesaikan masalah jurang digital jalur lebar di negara ini.
WiFi
Sehubungan itu, teknologi wayarles pengkomputeran seperti WiFi (Wireless Fidelity) mendapat perhatian.Misalnya, walaupun telah mempunyai lesen 3G, syarikat-syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan Celcom juga telah menunjukkan minat yang tinggi dengan teknologi WiFi dengan satu demi satu memperkenalkan perkhidmatan hotspot di seluruh negara.

Teknologi WiFi atau WLAN menggunakan standard 802.11b mempunyai kelajuan transaksi 11 Mbps dengan liputan sehingga 90 meter. Manakala, WLAN berasaskan 802.11a mempunyai kelajuan 2Mbps, 802.11g berkelajuan 54Mbps manakala 802.11n berkelajuan 108Mbps(turbo).Teknologi WLAN terkini yang sedang memasuki pasaran negara ialah produk berasaskan 802.11g dan 802.11n.Kepentingan dan populariti WiFi tidak dapat dinafikan. Menurut IDC, terdapat kira-kira 480 hotspot (pusat akses WiFi untuk orang ramai) pada 2006 dan terus meningkat di seluruh negara.
WiMax
Bagi WiMax pula, ia mempunyai kemampuan untuk menampung transmisi kelajuan data antara 15 hingga 75 Mbps akan menjadikan ia sebagai pilihan teknologi masa depan. Ia bagaimanapun tidak akan mencabar 3G atau WiFi secara langsung kerana mereka dibangunkan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.Seperti WiFi yang digunakan untuk menghubungkan peranti atau komputer di kawasan rumah atau pejabat, WiMax pula akan digunakan untuk menghubungkan rangkaian-rangkaian WiFi di suatu kawasan yang luas. Manakala, 3G pula menjadi penghubung WiMax ke seluruh negara dan dunia.

WiMAX sebenarnya teknologi wayarles untuk sambungan akhir (last mile) yang berada dalam kategori Rangkaian Kawasan Metro (WAN) kerana mempunyai kemampuannya menghubungi sehingga jarak 50 kilometer, berbanding WiFi (sehingga 90 meter). Sudah tentu dengan gandingan 3G yang merupakan teknologi telefon bimbit dengan kemampuan rangkaian kawasan luas wayarles (WWAN), WiFi dan WiMax akan mampu memainkan peranan yang lebih penting dalam meningkatkan kadar penembusan jalur lebar negara.
RANGKAIAN WAYARLES
* WPAN (rangkaian kawasan peribadi wayarles) untuk komunikasi jarak dekat seperti Bluetooth (802.15 dengan kelajuan 1 - 3Mbps dan jarak 10 – 15meter.
* WiFi atau WLAN (rangkaian kawasan setempat wayarles) merupakan komunikasi untuk sesuatu kawasan dalam jarak 100 meter dengan kelajuan 2 - 54 Mbps.
* WiMax atau WMAN (rangkaian kawasan metro wayarles) komunikasi sehingga 50 km dengan kelajuan 15 - 70 Mbps
* 3G/WCDMA atau WWAN (rangkaian kawasan jauh wayarles) untuk komunikasi jarak jauh (termasuk global) dengan kelajuan sehingga 2 Mbps.

Wednesday, May 7, 2008

Apa Itu Internet?

Apa Itu Internet?
Internet (kependekan daripada perkataan ‘inter-network’ ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.Komputer, poket pc, PDA bukanlah internet,ia hanya sekadar alat yang menyalurkan dan memungkinkan komunikasi terlaksana.

Jalinan internet terlaksana menerusi paduan bersama yang dikenali sebagai protokol. Protokol yang digunakan untuk komunikasi dan penghantaran data ialah Protokol Kawalan Penghantaran/ Protokol Internet atau TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).Dulu IPv4,sekarang IPv6 lagi laju&lebih baik.

Antara peranan internet ialah;
- Berkomunikasi menerusi mel elektronik
- Memperoleh maklumat terkini menerusi World Wide Web (www)
- Memindahkan fail dari sistem hos menerusi File Transfer Protocol (FTP)
- Mengadakan forum elektronik
- Menggunakan capaian komputer jarak jauh (remote login) menerusi Telnet
- Berkomunikasi menerusi Internet Relay Chat (IRC)
- Berkongsi info seperti blog
- Berniaga/business Online
- Info Trafik(Rakaman CCTV)

Seperti diketahui Internet yang dikenali juga sebagai `Dunia Tanpa Sempadan’ boleh membawa `dunia’ kepada anda dengan hanya berada di hadapan komputer di rumah, pejabat atau sekolah.
Sejarah InternetSejarah Internet sebenarnya telah bermula sejak 1960an lagi apabila rangkaian komputer telah diwujudkan oleh para penyelidik ketenteraan Amerika Syarikat (AS) yang ingin mewujudkan hubungan jika saluran komunikasi biasa bermasalah.Projek tersebut bermula dengan penubuhan sebuah agensi dikenali sebagai Advanced Research Projects Agency (ARPA) yang kemudiannya membina rangkaian dikenali sebagai ARPANET pada 1969.
Teknologi rangkaian itu kemudiannya diperluaskan pula untuk menghubungkan universiti-universiti di Amerika bagi tujuan penyelidikan dan pertukaran maklumat.
Aplikasi mel elektronik atau e-mel yang banyak digunakan oleh kita sekarang sebenarnya telah dicipta pada tahun 1972 oleh Ray Tomlinson yang merupakan antara program Internet paling penting.
Sudah tentu e-mel merupakan alat komunikasi paling penting kepada manusia masa kini memandangkan ia membolehkan kita menghantar surat atau dokumen kepada penerima di seluruh dunia dengan pantas.
Internet seterusnya berkembang sehingga membentuk rangkaian dikenali sebagai World Wide Web (WWW) pada 1990 yang menghubungkan masyarakat pakar fizik antarabangsa ketika itu.
Sistem WWW ini membolehkan suara, gambar, muzik dan filem diletakkan ke dalam rangkaian Internet yang menjadikan ia lebih menarik. WWW kemudiannya diperkenalkan kepada umum pada 1992.

Di Malaysia, Internet telah diperkenalkan secara komersial dengan pelancaran Jaring pada 1991 selepas penyelidikan dijalankan oleh universiti-universiti tempatan.
Universiti-universiti tempatan telah menjadi pengguna terawal Rangkaian Komputer Malaysia (RangKom) yang bermula pada 1987 sebelum ia diperkenalkan kepada masyarakat negara ini melalui Jaring yang dikendalikan oleh MIMOS Berhad.

Di Malaysia kini, Jaring dan TMnet antara merupakan syarikat pembekal perkhidmatan Internet (ISP) yang terkenal di kalangan pengguna biasa, selain daripada pengguna syarikat yang turut ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan.
Internet seterusnya semakin popular di negara ini dan menurut http://www.internetworldstats.com/, Malaysia mencatatkan bilangan pengguna Internet sebanyak14.9 juta pada tahun lepas.
Populariti Internet di negara ini adalah disebabkan ia sememangnya alat atau medium komunikasi, pembelajaran, hiburan dan perniagaan yang membawa perubahan besar dalam kehidupan kita.
Bagi para pelajar dan pendidik misalnya, penggunaan Internet akan memudahkan mereka mendapatkan bahan-bahan pembelajaran termasuk untuk tugasan sekolah.

Aplikasi seperti e-mel, pembelajaran dalam talian seperti yang ditawarkan Portal Pendidikan Utusan, perpustakaan digital dan sebagainya hanya boleh diperkenalkan melalui Internet.
Seorang pelajar kini boleh melayari beribu-ribu perpustakaan digital di seluruh dunia dalam mendapatkan maklumat mengenai pembelajaran mereka dengan hanya perlu duduk di hadapan komputer.
Cara mengakses Internet sangat mudah iaitu pelajar hanya perlu menyambungkan komputer dengan talian telefon dan kemudiannya mendail kepada talian syarikat Internet yang telah dilanggan mereka.
Jika berada di sekolah, kebiasaannya talian akses Internet telah disediakan dan pelajar hanya perlu membuka program perisian pelayar seperti Internet Explorer atau mozila untuk memasuki Internet.
Pengguna kemudiannya boleh terus mengunjungi laman web yang diingini dengan menaip alamat Internet seperti www.utusan.com.my bagi mendapatkan berita-berita dari akhbar Utusan Malaysia.
Maklumat berbentuk fakta, gambar, berita dan sebagainya dari sumber yang tidak diketahui boleh juga dicari dengan mudah dengan menggunakan laman web enjin pencari seperti www.yahoo.com, www.google.com atau www.cari.com.my.
Memandangkan Internet kini turut diperluaskan untuk kegunaan perniagaan, para pengguna kini boleh juga melakukan pelbagai urusan di Internet seperti urusan perbankan, kerajaan, pembayaran bil dan sebagainya dengan mengunjungi laman web e-dagang syarikat-syarikat berkenaan.
Disebabkan konsep Internet yang menekankan kepada konsep kebebasan, para pelajar dan pengguna harus bijak menggunakannya agar tidak terpengaruh untuk mengunjungi laman-laman web yang terlarang dan tidak berfaedah.