Thursday, July 31, 2008

FAT dan NTFS

Terangkan secara ringkas perbezaan antara FAT dan NTFS?
komputerFAT dan NTFS merupakan 2 jenis sistem fail yang digunakan oleh sistem operasi Windows. FAT adalah singkatan daripada File Allocation Table manakala NTFS pula singkatan daripada New Technology File System.

FAT (File Allocation Table) terbahagi kepada 2 versi iaitu:
a) FAT (FAT16)
b) FAT32FAT (FAT16)
Merupakan sistem fail hardisk asli bagi Windows yang telah§ digunakan sejak sekian lama. Boleh mengecam patition hardisk sehingga 2GB§ sahaja. Malangnya, hardisk sekarang berkapasiti melebihi 2GB menyebabkan pengguna terpaksa memecahkan ke beberapa partition yang kecil supaya boleh menyokong FAT16. FAT16 tidak menawarkan keselamatan tempatan ke atas fail§ dan folder sistem menyebabkan ia tidak sesuai digunakan untuk fail-fail penting yang perlu dirahsiakan. Kelebihan FAT16 dan masih lagi digunakan oleh§ sesetengah sistem operasi sekarang kerana ia boleh dibaca dan diakses melalui DOS, Windows 3.X, Windows 9X, Windows NT dan 2000.
FAT32 Diperkenalkan bersama Windows 95 OSR2§ dan menawarkan beberapa penambahbaikan yang ketara berbanding FAT16 iaitu kecekapannya menggunakan ruang hardisk serta menyokong kapasiti hardisk sehingga 2TB. Antara sistem operasi yang menyokong FAT32 ialah Windows 2000, Win§dows 9X sejak Windows 95 OSR2 diperkenalkan. Tetapi Windows NT4 tidak menyokong§ FAT32. Walaupun lebih baik berbanding FAT16, FAT32 juga masih mengalami§ beberapa kelemahan ketara jika dibandingkan dengan sistem fail alternatif iaitu NTFS. Sama seperti FAT16, FAT32 juga tidak menawarkan keselamatan ke atas§ fail dan folder. Ini bermakna, sesiapa yang berada dalam sistem yang menggunakan FAT32 boleh menceroboh atau mengakses kandungan failnya. Satu lagi§ kelemahan FAT32 ialah ia tidak menyokong ciri-ciri Disk Compression (Pemampatan Cakera) yang penting untuk menjimatkan ruang hardisk.

NTFS (New Technology File System) juga terbahagi kepada 2 versi iaitu:
a) NTFS4 (atau lebih dikenali sebagai NTFS sahaja)
b) NTFS5
NTFS Dibangunkan bersama-sama dengan sistem§ operasi Windows NT Menawarkan penambahbaikan ketara berbanding FAT16 dan§ FAT32 yang digunakan dalam Windows 9X. NTFS dicadangkan bagi sistem operasi§ yang menggunakan lebih banyak aplikasi. Dalam Windows NT, Windows 2000 dan§ Windows XP, NTFS digunakan untuk memantapkan lagi kegunaan sistem fail FAT16 dan FAT32. NTFS tidak boleh digunakan dalam sistem operasi Windows 9X.§§

Berikut adalah beberapa kelebihan dan ciri-ciri tambahan NTFS:
i) Keselamatan:Tidak seperti FAT, NTFS menawarkan keselamatan ke atas fail dan folder. NTFS dapat menghadkan akses ke atas fail dan folder dalam sistem tempatan.
ii) Saiz Volume:Secara teorinya, NTFS berupaya menyokong maksimum saiz volume melebihi 2TB.
iii) Logging:Kebolehan menyokong aktiviti sistem log iaitu jika sistem mengalami masalah, kita boleh melihat log tersebut bagi membantu mengenalpasti masalahnya selepas shut-down.
iv) Disk Performance (Persembahan Cakera):NTFS menawarkan persembahan pada peringkat paling baik berbanding FAT terutama bagi fail yang besar.
v) Compression(Pemampatan):NTFS menawarkan kebolehan pemampatan fail. Ini sangat berguna untuk menjimatkan ruang hardisk kerana fail-fail aplikasi sekarang seperti video, grafik dan multimedia adalah besar.
NTFS5 Sistem fail versi terkini dan§ merupakan penambahbaikan NTFS. Diperkenalkan bersama-sama Windows 2000§ (versi NTFS dalam Windows NT merujuk kepada nama NTFS4) NTFS5 menawarkan§ beberapa ciri-ciri tambahan seperti persembahan yang lebih baik berbanding NTFS dan keselamatan yang telah dipertingkatkan. Memperkenalkan beberapa ciri§ baru seperti Disk Quotas dan Encryption.Extra Info:Selain FAT dan NTFS, ada satu lagi sistem fail terkini yang diperkenalkan iaitu HPFS (High Performance File System).

HPFS berupaya untuk menyokong saiz volume sehingga 2TB, 2GB saiz fail dan 255 nama karekter. HPFS belum lagi digunakan secara meluas dalam dunia Windows semasa. Tetapi Windows NT boleh membaca volume HPFS. Windows Vista yang sedang dalam peringkat permulaan digunakan sekarang juga sudah menyokong HPFS.